LEPASAN STPM
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/setaraf dengan mendapat Kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia Kertas Julai; dan Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan sekurang-kurangnya:
- Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am; dan
- Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain; dan
Mendapat sekurang – kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).
LEPASAN STAM
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai; dan
Mendapat sekurang – kurangnya Pangkat Jayyid dalam Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM); dan
Mendapat sekurang – kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).
LEPASAN MATRIKULASI/ASASI
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian (GRED C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai; dan
Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM / Asasi UiTM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; dan
Mendapat sekurang – kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).
LEPASAN DIPLOMA
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau Kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai; dan
Memiliki kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA; dan
Mendapat sekurang – kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).
LEPASAN KELAYAKAN SETARAF (A LEVEL/IB/ AUSMAT)
Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian (GRED C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian (GRED C) Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai; dan
Memiliki kelayakan A Level/ International Baccalaureate / Australian Matriculation (AUSMAT); dan
Mendapat sekurang – kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET).
LEPASAN DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA (DVM)
Mempunyai Diploma Vokasional Malaysia (DVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti ; dan
Mendapat sekurang – kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).