Entry Requirements

How can we help?
< All Topics
Print

LEPASAN STPM

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/setaraf dengan mendapat Kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia Kertas Julai; dan Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan sekurang-kurangnya:

  • Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am; dan
  • Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain; dan

Mendapat sekurang – kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

LEPASAN STAM

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai; dan

Mendapat sekurang – kurangnya Pangkat Jayyid dalam Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM); dan

Mendapat sekurang – kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

LEPASAN MATRIKULASI/ASASI

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian (GRED C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai; dan

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM / Asasi UiTM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; dan

Mendapat sekurang – kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

LEPASAN DIPLOMA

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau Kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai; dan

Memiliki kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA; dan

Mendapat sekurang – kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

LEPASAN KELAYAKAN SETARAF (A LEVEL/IB/ AUSMAT)

Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian (GRED C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian (GRED C) Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai; dan

Memiliki kelayakan A Level/ International Baccalaureate / Australian Matriculation (AUSMAT); dan

Mendapat sekurang – kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET).

LEPASAN DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA (DVM)

Mempunyai Diploma Vokasional Malaysia (DVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti ; dan

Mendapat sekurang – kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

Table of Contents